January 22, 2014

#throwback

HAPPY BELATED NEW YEAR EVERYONE !

Well, I'm kinda busy with my studies and etc so I don't really have much time to blog. But hello guys, here I am :)


My studies goes well so far. Hopefully sampai grad nanti la goes well haha. Short semester, check. Semester 1, check. Semester 2 ? Semester 3 ? Semester 4 ? Semester 5 ? Semester 6 ? Insyaallah soon. Baru masuk sem2 dah excited nak grad hahahaha so funny.

Walaupun busy dgn all those university's things, tapi kita rindu sekolah hmm tu yg #throwback kengkonon nya la. SERIOUS WA RINDU SEKOLAH :( " Once you dah habis sekolah and dah masuk U, you mesti rindu sekolah. Kawan kawan, cikgu. Walaupun masa sekolah dulu you tak suka dorang. " So true la I can't deny it hm. Rindu rindu rindu rindu.... Let's start this hashtag throwback haha.

#throwback1


Sebenarnya aku jenis yg susah nak berkawan. Jenis susah nak bukak mulut. Jenis susah nak tegur orang dulu. Segala jenis la. And kalau dah stick dgn someone tu, sampai bila bila la aku akan stick dgn dia. So there you go my babies. Been friends eh silap, been bestfriends hahaha dari 2008 alhamdulillah sampai sekarang dah 7 tahun and insyaallah till Jannah ameen. Walaupun ada yg dah kahwin, dah ada anak nanti. Banyak dah benda yg kitaorg dah been thru together dari yg happy, yg sedih, yg susah, yg senang, yg nangis, yg gelak. Semua la. Tipu kalau sepanjang friendship takda gaduh bertegang urat tu. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula persahabatan hahahahahaha masyaallah poyo gila siot. Benda benda ni normal la dalam relationship & friendship. Baik sepanjang masa pun tak best jugak. Gaduh gaduh la sikit. Gaduh gaduh manja kateko haha. Tapi kitaorg dah berjaya menempuh liku liku kehidupan bersama hahahahahahaha pls kalau baca jangan muntah :p 3 tahun sama class tiba tiba masuk form4 masing masing bawak haluan masing masing. Class lain, aliran lain, sekolah still sama. Sekarang pulak masing masing dah sambung belajar. Nani dkt Uniten Bangi. Gia dekat Matriks Perak. Aku dkt UniKL City Campus. Syfqa dekat KUIS. And Farah dkt USM Kelantan. Alhamdulillah. All the best utk studies korangs :D Walaupun masing masing dah busy dgn life baru & studies, tapi kitaorg still contact each other. Boleh kata hari hari, mesti borak. Sama mcm zaman zaman sekolah dulu. Rindunyaaaaaaaaaaaaaa. Cuti sem nanti please, make sure kita meet up ok baby. Aku rindu. Rindu sangat. Sangat sangat. Sila balik Setiawangsa secepat yg mungkin :D

#throwback2


Ni antara orang yg aku rapat lepas aku kena " berpisah " dgn bestfriend aku. Sama jugak, benda benda gaduh tu biasa boh haha. Dak dak science account ni hahahahahahaha. Class paling special oii. The only science account class and kami batch paling last. Class paling awesome, class paling cacat, class paling bengong, class paling sporting, class selalu kena bebel, class selalu buat masalah, class dapat cikgu the best awesome hahaha. Bebudak nya pun 2 kali 5 je perangai sama dengan aku haha tu yg best. Class kalau satu hari takda yg tak datang memang tak sah. Mesti ada je yg tak datang. Kejap orang tu kejap orang ni haha tu sbb awesome melampau. Class lain, ko hado ? :p Yg gaduh lagi la kelakar oi. Main ketuk ketuk kepala, main kejar kejar haha lawak la bila ingat balik. Tapi paling best time ada event la contohnya mcm event hari kemerdekaan. Dok hias hias class alhamdulillah semua teamwork. Tu sbb menang hihi. Masing masing tolong. Paling bengang dok tengah panjat kerusi nak gantung itu ini, dorang dok goyang goyang kerusi. Yg tu panas sikit la haha. Tapi worth it semua tu. Jamuan, majlis buka puasa semua pun ok. Sbb depa teamwork, tu yg seronok. Kalau kena yg tak teamwork, haaa ni makan dia. Shera rindu korang jugak.

#throwback3


Pengalaman paling seronok sbb ni first time pergi umrah ramai ramai dgn families. Masa first time pergi, pergi berempat je. Alhamdulillah, Allah bagi peluang pergi sana. Insyaallah ada peluang lagi nak pergi sana. Ameen. Dekat sana memang berpurdah. Sebab apa ? Sebab nak bergambar je ke ? Hahaha no la. Sbb time pergi tu area Masjidil Haram & Masjidil Haram sendiri tengah renovate. So takut habuk and so on, that's why pakai. Kalau rajin pakai, kalau malas tak pakai pun. Serious seronok pakai tu. Manada panas. Biasa je :) Dekat sana nak dapat makanan sama mcm dekat Malaysia, susah. Tapi tak la sesusah mana pun. Catering everyday mmg makanan Malaysia. And dekat Makkah ada restoran Malaysia. Mengidam nak makan makanan Malaysia, pergi restoran tu. Pastu sana bahasa senang je. Dorang pandai cakap in Malay. Terkejut tak terkejut tak ? Hahahaha. Ice cream dekat sana ya Allah nikmatnya. Sbb sana bahang so dapat ice cream memang umphhh. Ice cream susu unta pulak. Ashir mangga pun not bad haha. Ni lagi la rindu. Tipu kalau dah pergi sana, tak rindu. Selalu je teringin nak pergi lagi.

#throwback4



Ni kawan kawan peratama iols dekat U hahaha. There you go, our new life haha. Aku je kot yg baru ? Aku je yg tak pernah duduk hostel/asrama. Yg lain semua dah pernah duduk asrama. So dorang ni sifu sifu aku hahaha. Tiba tiba teringat time msr hahaha pergi campus tak mandi hahaha sbb bangun lambat hahaha pastu Shera sorang gelabah. Dorang dok watlek watpeace je. Mentang mentang pernah duduk hostel. Nampak sangat pernah terjadi dkt diri sendiri. Tak mandi pergi class hahaha. Kelakar oii. Nasib baik la the whole day duduk dlm aircond so tak la berpeluh ke haha. Berpeluh sbb sejuk melampau ya la hahaha. Serious rindu those times. Kalau ingat " tragedi " bulan puasa eh eh hahahahahaha ada orang mimpi jatuh bangunan tinggi hahaha. Dua orang tengah sahur. Dia jatuh tilam, yg sahur terkejut sekali hahahahahahahahahaha lawak oii. Mimpi jatuh bangunan hahahaha sorry Shera gelakkan muahahahaha :p Ni mesti la rindu zaman zaman duduk hostel. Zaman zaman first time berpisah dgn parents sendiri. Pasni duduk balik bawah ketiak mama ayah hahaha whatever.

#throwback5


Classmates utk sem1. Semua gegirls haha lecturer pun gegirls jugak. Sila cari lecturer ya dlm gambar hahaha you won't find her. Sbb gaya Madam pun mcm kitaorg jugak. And dia muda. Sila tajamkan mata anda anda anda anda semua ya. First time rasa mcm " Eh aku dkt girls school ke ? " Semua gegirls dlm class, mana tak. Tapi best apa classmates gegirls hahaha ko takyah la nak sopan sopan dlm class. Watlek. Buat cara sendiri. Jadi diri sendiri. Kalau dlm lab tak pasang lagu kuat kuat pastu tak nyanyi sama sama memang tak sah la. Sampai madam masuk pun tak perasan hahaha. Best best best ! Kalau test ke quiz ke tak bincang pun tak sah hahaha. " Awak nak discuss boleh. Saya tak kisah. Jangan saya nampak sudah la. " Hahahahaha :D Kadang madam nampak pun madam buat dono je. Moga kita berjodoh lagi untuk sem yg akan datang ameen.

#throwback6


Paling sayang. Sbb depa paling gedik haha. Lagi gedik dari aku. Eh ? Hi Nur Najihah Sakinah Mazelan :) Hi Nurul Shafiqah Hazizi :) Ni haa kawan kawan gedik aku. Kalau nak gegedik sikit, ada yg lain. Kalau nak gegedik banyak, aku cari dorang hahaha. Ni memang kawan yg super gedik wa cakap :p Dua dua kakak ni pipi meatball. Aku je tak yay. Hm sedapnya meatball hahahahahahaha. Comel apa pipi meatball hahaha takpa aku sayang jugak :p Kalau nak nasihat yg entah apa apa merepek gila hahahahaha go find this girls. Kalau benda benda merepek, mmg kasi dorang la. Kalau nak selfie pun dorang jugak. Kaki selfie ni dua dua ni. Kaki makan jugak. Kaki apa ? Hahahaha aku rindu nak main netball & futsal dgn korang. Ingat futsal, ingat kejadian time form3 lepas pmr. Hihihi aku sure korang ingat lagi kan ? Main futsal perempuan 9/10 orang, lelaki 3 orang pun still kalah. Eh takpa, kenangan :)

#throwback7


Yg ni masing masing acah acah photoshoot haha. Kalau tak salah ni raya kot takpun birthday. Rasanya raya la. Kitaorg pergi beraya padahal petang tu tuition hahahahaha suka hati je. Lek lerzz. Feeling friendship photoshoot sangat masa ni. DSLR sampai 3 set. Sorang jaga angle kiri, sorang jaga angle kanan, sorang dari depan. Tu yg dapat candid photos tu. Nanti kita buat photoshoot yg ori punya photoshoot ok ? Lebiu :*

#throwback8


Sekolah rendah yay ! Hahahahaha paling rindu. Lama sangat tak jumpa. Last jumpa darjah 6. Tu memang paling last la jumpa. Bila nak jumpa lagi korang ? Tapi takpa, ada yg dah plan eh utk batch darjah6/2007 those yg belajar dkt KL dorang nak reunite balik. Banin & banat ! Mintak mintak la plan ni jadi ya insyaallah ameen. Sbb ramai yg belajar KL so boleh la reunite. " Shahira kenal saya lagi tak ? " Hahahahahahaha one of my boy classmate. Boleh dia tanya eei gila tak kenal, mesti la kenal. Walaupun kita dulu mcm mana, lelaki perempuan, you know, sekolah arab, tak bermakna tak kenal ok. Kenal sangat sangat. Dulu selalu jugak borak borak pastu dok perli masing masing pastu dok tiru itu ini, ajuk itu ini hahaha. Al maklum la, budak sekolah rendah. Biasa la tu. Tak matang lagi. Perangai masyaallah, Allah je yg tahu :D

The end of my #throwback hahahaha. Kenapa buat throwback ? Sbb rindu la. Kalau tak rindu Shera tak ingat benda benda ni dah. Ni sbb rindu la dok post benda benda ni haha. Bye :D